Thursday, May 7, 2020

BBM3410Satu2020: BAB 7



Rujukan:

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim, 2019. Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 3

Antara nilai yang terdapat dalam cerita sosial 3 ialah;

1. rajin
2. berterima kasih
3. kasih sayang

Nilai rajin dapat dilihat menerusi watak Alim. Hal ini demikian kerana Alim menunjukkan sikap rajin dengan mengutip mainan yang bertaburan di atas lantai dan juga sentiasa menyimpan semula permainannya setelah bermain. Sekiranya sikap rajin tidak terdapat pada Alim suda pasti dia akan meninggalkan permainannya berterabur di atas lantai setelah bermain.

Selain itu, nilai  berterima kasih juga ditunjukkan dalam cerita sosial ini. Perkara ini dapat dilihat menerusi watak Alim yang mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapanya setelah mereka memuji Alim yang rajin dan baik kerana menolong adiknya. Alim mengucapkan terima kasih kepada ibu bapanya kerana menghargai pujian yang mereka berikan.

Seterusnya, nilai kasih sayang juga terkandung dalam ceita sosial ini. Hal ini dapat dilihat menerusi wata Alim sekeluarga yang mana Alim menyatakan rasa sayang terhadap keluarganya dan kemudian keluarganya juga menyatakan rasa sayang mereka kepada Alim. Buktinya, mereka sekeluarga higup bahagia kerana wujud perasaan sayang antara satu sama lain.


Rujukan:

Normaliza Abd Rahim, 2019. Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

BBM3410Satu2020: KEPENTINGAN ASAS GRAFIK (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019).



Rujukan:

Normaliza Abd Rahim, 2019. Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Universiti Putra Malaysia Serdang.