Thursday, February 13, 2020

BBM3410Satu2020: Penulisan Blog

Normaliza Abd Rahim (2014) menyenaraikan 10 cara menulis blog dengan baik.

1. Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca.
2. Cerita menarik yang yang akan dapat menarik hati pembaca.
3. Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik.
4. Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.
5. Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini.
6. Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas.
7. Dapat dibaca dan difahami.
8. Dapat berkomunikasi dengan pembaca.
9. Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda.
10. Berilmu untuk penulisan pendidikan.


Seorang penulis perlu mengaplikasikan 10 cara menulis blog yang baik bagi menghasilkan penulisan yang boleh memberikan manfaat kepada orang lain. Pertama sekali, penulis hendaklah mencipta tajuk yang menarik supaya dapat menarik pembaca untuk membaca penulisan tersebut. Hal ini demikian kerana sudah menjadi lumrah manusia suka akan perkara yang boleh menarik perhatian mereka. Sekiranya tajuk tersebut tidak menarik perhatian mereka, pembaca akan memilih untuk mencari perkara yang boleh menghiburkan mereka. Selain itu, penulis juga perlu menghasilkan cerita-cerita yang menarik untuk meningkatkan lagi keinginan pembaca untuk membaca sesebuah penulisan tersebut. Hal ini kerana cerita yang menarik dapat memberi manfaat kepada pembaca di samping mereka dapat membacanya dalam keadaan yang tenang dan santai. Seterusnya, memasukkan ayat humor atau berbentuk jenaka sangat digalakkan bagi menghasilkan penulisan yang baik. Ayat-ayat berbentuk humor boleh membantu pembaca melepaskan tekanan mereka. Di samping itu, memastikan penulisan mempunyai hujah yang terbaik serta dikaitkan dengan berita terkini sangat penting untuk memberi kesedaran kepada pembaca tentang isu-isu semasa serta meyakinkan mereka dengan hujah yang baik. Penulisan yang baik juga dapat dihasilkan sekiranya menggunakan perkataan dan ayat yang ringkas dan menarik supaya mudah dibaca dan difahami. Hal ini demikian kerana seperti yang kita tahu tidak semua orang mampu memperoleh pendidikan yang sempurna, maka mereka akan sukar untuk membaca jika ayat yang digunakan terlalu panjang dan kompleks. Seterusnya, memasukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan sangat digalakkan untuk memberi faedah kepada pembaca dan sekaligus memupuk pengamalan nilai murni kepada pembaca. Bagi penulisan pendidikan pula, penulis hendaklah mempunyai ilmu yang cukup supaya tidak memberi maklumat yang salah kepada pembaca. 

Rujukan: 

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Ehh!! Media Sosial. Terengganu  Universiti Malaysia Terengganu. 

Normaliza Abd Rahim (2014). Learning Through Blog Writting: Embracing the Technology. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu. 

Hollenbaugh, E. E., & Ferris, A. L. (2014). Facebook Self-disclosure: Examining the role of Traits, Social Cohesion, and Motives. Computers in Human Behavior, 2014; 30(0): 50-58

No comments:

Post a Comment