Friday, July 17, 2020

BBM3410Satu2020: KALENDAR 2021

Hai assalamualaikum semua.. beberapa miggu lepas saya dan rakan-rakan sekelas diminta membuat kalendar sendiri menggunakan aplikasi Adobe Photoshop. Jadi, bagi saya, sepanjang proses membuat kalendar tersebut sangat menarik walaupun sedikit sukar kerana saya perlu melakukan banyak langkah yang mana saya membuat kalendar menggunakan Microsoft Word kemudian tukarkan kepada bentuk gambar. Kemudian, saya mengedit gambar bersama keluarga dan kawan-kawan dengan meletakkan gambar tersebut ke dalam bingkai seperti polaroid. begitu juga dengan kata-kata semangat yang dilakukan dengan menggunakan proses yang sama. Seterusnya, langkah yang terakhir barulah saya menggabungkan kesemua gambar yang telah diedit menggunakan aplikasi Photoshop dan hasilnya sangat menarik dan cantik! Lihatlah hasilnya dibawah!














Sunday, June 14, 2020

BBM3410Satu: PERBEZAAN KAJIAN FACEBOOK DAN TWITTER

Perbezaan kajian dalam bab facebook dan twitter.

1. Pelajar suka mengemas kini rutin mereka dan menyatakan emosi dalam Twitter manakala Fecebook adalah satu cara untuk berkomunikasi bagi tujuan pembelajaran tidak formal.

2. Twitter melatih kecekapan komunikatif dan kebudayaan manakala kajian tentang Facebook mendapati responden menggunakannya untuk membincangkan tugas akademik.

3. Twitter membantu mengurangkan percakapan tetapi lebih banyak maklumat diperolah manakala Facebook meningkatkan keyakinan, motivasi, dan sikap pelajar.

4. Pelajar akan melibatkan diri dalam proses pembelajaran apabila mereka diberi peluang menggunakan Twitter manakala pelajar meluangkan lebih banyak masa dalam talian dalam persekitaran pembelajaran informal, berinteraksi dengan guru dan dan rakan sebaya melalui Facebook.

5. Twitter dapat menilai hasil kerjasama pelajar, penglibatan dan jalan menuju kejayaan manakala Facebook membolehkan guru mencapai perubahan strategi, mentaliti, sikap dan kelakuan serta menganalisis dan membandingkan cara pengajian dan pengetahuan yang diperoleh oleh pelajar. 



Rujukan:

Noraein Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Ehh!! Media Sosial. Terengganu: Universiti     Malaysia Terengganu.

BBM3410Satu2020: MODEL PENCERITAAN NORMALIZA ABD RAHIM (2018) 1






Modal Penceritaan Nilai Sosial Cerita Kanak-Kanak
[1] Keluarga


Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti

Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai

Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
semasa saya memerlukan mereka

LOGO
 Logo tersebut bermaksud bahawa kebahagian sesbuah kelurga bermulanya di rumah. Sekiranya ahli kelurga saling menyayangi, tolong-menolong sudah pasti akan dapat mewujudkan sebuah keluarga yang harmoni. Bersatu hati akan dapat menyatukan satu famili.



Rujukan:

 Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.   Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.