Monday, March 16, 2020

BBM3410Satu2020: ASAS FOTOGRAFI


Video ni adalah hasil kerja kami sekumpulan Tiada Tajuk Production. Di dalam video ini, kami memasukkan teknik-teknik mengambil gambar jenis siluet, kabur, bird's eye view, over the shoulders, dan bayang. Semua gambar yang kami tangkap cantik dan menarik tau. Selamat menonton semua!

Sunday, March 15, 2020

BBM3410Satu2020: JENIS-JENIS FLATLAY


Kursus: BBM3410 Multimedia dalam Bahasa
Pensyarah: Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim

TIADA TAJUK PRODUCTION

197266  Noor Emmywatie Binti Kasiman                 
197448  Abidin Abdul Rahman                                  
198009  Nur Husnina Binti Ramlan                             
198182  Nurul Rasyidah Binti Rosmadi                      
199751  Muhammad Zulfadli Bin Zakaria                  
199782  Nursyafika Binti Rapol                                 
199797  Ardilla Binti Muhammad Asri                      
199800  Muhammad Haziq Bin Sahari                       
199826  Nur Aqilah Hanis Binti Rutaza                     

Friday, March 6, 2020

BBM3410Satu2020: KEPENTINGAN ASAS GRAFIK


 
RUJUKAN 

Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Thursday, March 5, 2020

BBM3410Satu2020: ASAS GRAFIK

Elemen asas grafik:
Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), terdapat beberapa elemen asas grafik bagi kegunaan kamera, video, dan sebagainya yang melibatkan bahan grafik. Terdapat lima elemen asas grafik iaitu mudah, warna, teks, kesesuaian, dan keseimbangan.
1. Mudah
Mudah merujuk kepada kejelasan sesuatu gammbar untuk difahami. Sesuatu grafik yang ditonjolkan itu mestilah senang difahami agar tidak berlaku kekeliruan ketika seseorang melihat grafik tersebut.

2. Warna 
Kombinasi warna yang digunakan hendaklah sesuai dengan sesuatu grafik tersebut. Penggunaan warna sepatutnya tidak melebihi 3 warna dan bergantung kepada mesej yang hendak disampaikan.

3. Teks
Teks digunakan bertujuan untuk memudahkan lagi seseorang untuk memahami sesuatu yang ingin disampaikan melalui grafik. Penggunaan teks juga mengambil kira dari aspek fon, warna dan saiz.

4. Kesesuaian
Kesesuaian merujuk kepada kesesuaian latar tempat, masa dan watak dalam foto atau video.

5. Keseimbangan 
Elemen keseimbangan mementingkan keseimbangan ruang atas, bawah, kiri, dan kanan. Ruang tersebut hendaklah sekata atau sama berat.


RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
 

BBM3410Satu2020: TEORI ANALISIS WACANA KRITIS


TEORI ANALISIS WACANA KRITIS (VANDIJK 1977)
_____________________________________________________________________
Struktur Makro

Makna global daripada suatu teks yang dapat diamati 
daripada topik/tema suatu teks
______________________________________________________________________

Superstruktur 

Kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan
______________________________________________________________________

Struktur Mikro

Makna lokal daripada suatu teks yang dapay diamati 
Daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh suatu teks
______________________________________________________________________


Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), terdapat beberapa teori yang telah digunakan antaranya teori analisis wacana kritis. Teori Analisis Wacana Kritis telah dibahagikan kepada beberapa elemen oleh VanDijk (1977) iaitu makro dan mikro, kuasa kawalan, kawalan wacana awam dan kawalan pemikiran. Dari segi makro, ia telah dianalisis dengan melihat makna global. Dari segi mikro pula menganalisis makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati daripada pilihan manakala superstruktur pula menganalisis kerangka suatu teks.

BBM3410Satu202: TAKSOMI STRATEGI KOMUNIKASI

Taksomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei &Scott (1997)

Strategi Pengelakan atau Pengurangan

1. Pengabaian/Peninggalan mesej
2. Pengelakan topik

Achievement or Compensatory startegies 
Pencapaian atau strategi Pampasan

3. Parafrasa (Circumlocution)
4. Penghampiran
5. Penggunaan perkataan semua tujuan
6. Cipta perkataan baharu (Word-coinage)
7. Penstrukturan semula/Penggunaan kaedah bukan bahasa (Use of non linguistic means)
8. Terjemahan literal
9. Pengantarabangsaan
10. Pertukaran kod
11. Meminta pertolongan, penjelasan, pengesahan, atau membuat tekaan/Appeal for help Stalling

Stalling or Time-gaining Strategies
Penangguhan atau startegi Tambahan Waktu

12. Penggunaan perkataan yang tiada makna/Use of fillers/strategi penanda (hesitation devices)


Menurut Normaliza Abd Rahim (2019) dalam bukunya, Multimedia dalam Bahasa, beliau menyatakan 12 taksonomi strategi Komunikasi mengikut Dornyei & Scott (1997).




BBM3410Satu2020: MANFAAT PENGGUNAAN INSTAGRAM


Antara manfaat Instagram kepada kepada orang ramai ialah membantu mereka dalam mempelajari cara merakam video dan juga menonton cerita pendek Instagram pengguna lain. Pengguna Instagram juga dapat berkongsi pengetahuan mereka dan mempelajari kemahiran dan benda baharu dalam kehidupan seharian mereka. Menurut Sebah Al-Ali (2014) dan Normaliza Abd rahim dan Nur Maisarah Roslan (2016), penggunaan Instagram berupaya meningkatkan teknologi. Berdasarkan hasil kajian yang hampir sama dengan kajian Normaliza Abd Rahim & Nur Maisarah Roslan (2016) dan Bell (2013) yang mana pelajar di sekolah bermotivasi dalam mempelajari kemahiran baharu dan berkongsi pengetahuan mereka. Manfaat Instagram bukan sahaja kepada penggunanya bahkan sangat membantu kepada pengajar untuk mencipta sukatan pelajaran baharu.

BBM3410Satu2020: RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG




Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), hasil keputusan perbincangan kajian dibahagikan kepada tiga bahagian yang mana setiap bahagian berkaitan dengan objektif kajian iaitu blog yang berkaitan dengan pengajian kesusasteraan, pembelajaran bahasa dan pembelajaran media. Secara umumnya kajian blog dalam pengajian sastera yang mana pengajian sastera terbahagi kepada empat genre iaitu puisi, cerpen, skrip dan pantun. Responden wanita kebanyakannya melebihi 80% iaitu bersamaan dengan melibihi 25 orang untuk setiap genre  berbanding lelaki. Hasil daripada kajian mendapati bahawa kebanyakan responden wanita lebih suka menggunakan blog dalam pengajian sastera untuk menulis puisi, cerpen, skrip, dan pantun kerana mereka suka berkongsi hasil penulisan mereka untuk dibaca oleh orang lain.

Selain itu, penulisan blog juga dipilih sebagai alat dalam pembelajaran bahasa dalam kalngan responden. Berdasarkan responden pembelajaran bahasa boleh dipelajari melalui penulisan surat, meluahkan perasaan dan juga melalui pemikiran kritis daripada blog. Hasil daripadan kajian mendapati peratus bagi responden perempuan lebih tinggi berbanding lelaki iaitu melibihi 80%. Kebanyakan responden responden suka menulis surat di blog untuk didedikasikan kepada seseorang yang istimewa. Peratusan responden wanita lebih adalah lebih tinggi memandangkan kenyataan responden wanita lebih bersikap sentimental. Manakala, bagi responden lelaki, mereka mungkin tidak berminat meluahkan perasaaan di blog kerana berasa malu jika penulisannya dibaca oleh orang lain. Peratusan responden lelaki dan wanita hampir sama bagi penulisan teka-teki di blog kerana mereka suka menerima banyak komen daripada pembaca di blog mereka.

Seterusnya, penulisan blog juga membantu responden di dalam proses pembelajaran teknologi. Responden kelihatan teruja memasukkan video, audio, dan gambar ke dalam blog mereka. Mereka menyatakan bahawa teknologi telah memotivasikan mereka untuk mencuba benda baharu di dalam blog. Tambahan lagi, mereka akan berpuas hati apabila mereka membaca hantaran sekali lagi. Bagi video dan audio kedua-dua responden lelaki dan wanita mempunyai peratusan yang sama iaitu 100% kerana mereka suka memasukkan video dan lagu kegemaran mereka di blog. Bagi gambar pula, mereka juga mempunyai peratusan yang agak tinggi memandangkan pembaca lebih suka membaca blog yang mengandungi gambar.