Thursday, March 5, 2020

BBM3410Satu2020: ASAS GRAFIK

Elemen asas grafik:
Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), terdapat beberapa elemen asas grafik bagi kegunaan kamera, video, dan sebagainya yang melibatkan bahan grafik. Terdapat lima elemen asas grafik iaitu mudah, warna, teks, kesesuaian, dan keseimbangan.
1. Mudah
Mudah merujuk kepada kejelasan sesuatu gammbar untuk difahami. Sesuatu grafik yang ditonjolkan itu mestilah senang difahami agar tidak berlaku kekeliruan ketika seseorang melihat grafik tersebut.

2. Warna 
Kombinasi warna yang digunakan hendaklah sesuai dengan sesuatu grafik tersebut. Penggunaan warna sepatutnya tidak melebihi 3 warna dan bergantung kepada mesej yang hendak disampaikan.

3. Teks
Teks digunakan bertujuan untuk memudahkan lagi seseorang untuk memahami sesuatu yang ingin disampaikan melalui grafik. Penggunaan teks juga mengambil kira dari aspek fon, warna dan saiz.

4. Kesesuaian
Kesesuaian merujuk kepada kesesuaian latar tempat, masa dan watak dalam foto atau video.

5. Keseimbangan 
Elemen keseimbangan mementingkan keseimbangan ruang atas, bawah, kiri, dan kanan. Ruang tersebut hendaklah sekata atau sama berat.


RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
 

No comments:

Post a Comment