Thursday, March 5, 2020

BBM3410Satu2020: RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG




Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), hasil keputusan perbincangan kajian dibahagikan kepada tiga bahagian yang mana setiap bahagian berkaitan dengan objektif kajian iaitu blog yang berkaitan dengan pengajian kesusasteraan, pembelajaran bahasa dan pembelajaran media. Secara umumnya kajian blog dalam pengajian sastera yang mana pengajian sastera terbahagi kepada empat genre iaitu puisi, cerpen, skrip dan pantun. Responden wanita kebanyakannya melebihi 80% iaitu bersamaan dengan melibihi 25 orang untuk setiap genre  berbanding lelaki. Hasil daripada kajian mendapati bahawa kebanyakan responden wanita lebih suka menggunakan blog dalam pengajian sastera untuk menulis puisi, cerpen, skrip, dan pantun kerana mereka suka berkongsi hasil penulisan mereka untuk dibaca oleh orang lain.

Selain itu, penulisan blog juga dipilih sebagai alat dalam pembelajaran bahasa dalam kalngan responden. Berdasarkan responden pembelajaran bahasa boleh dipelajari melalui penulisan surat, meluahkan perasaan dan juga melalui pemikiran kritis daripada blog. Hasil daripadan kajian mendapati peratus bagi responden perempuan lebih tinggi berbanding lelaki iaitu melibihi 80%. Kebanyakan responden responden suka menulis surat di blog untuk didedikasikan kepada seseorang yang istimewa. Peratusan responden wanita lebih adalah lebih tinggi memandangkan kenyataan responden wanita lebih bersikap sentimental. Manakala, bagi responden lelaki, mereka mungkin tidak berminat meluahkan perasaaan di blog kerana berasa malu jika penulisannya dibaca oleh orang lain. Peratusan responden lelaki dan wanita hampir sama bagi penulisan teka-teki di blog kerana mereka suka menerima banyak komen daripada pembaca di blog mereka.

Seterusnya, penulisan blog juga membantu responden di dalam proses pembelajaran teknologi. Responden kelihatan teruja memasukkan video, audio, dan gambar ke dalam blog mereka. Mereka menyatakan bahawa teknologi telah memotivasikan mereka untuk mencuba benda baharu di dalam blog. Tambahan lagi, mereka akan berpuas hati apabila mereka membaca hantaran sekali lagi. Bagi video dan audio kedua-dua responden lelaki dan wanita mempunyai peratusan yang sama iaitu 100% kerana mereka suka memasukkan video dan lagu kegemaran mereka di blog. Bagi gambar pula, mereka juga mempunyai peratusan yang agak tinggi memandangkan pembaca lebih suka membaca blog yang mengandungi gambar.

No comments:

Post a Comment