Showing posts with label Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Keluarga. Show all posts

Friday, February 28, 2020

MODEL PENCERITAAN 'KELUARGA': BUKU KAJIAN WACANA

Model Penceritaan Nilai Sosial Cerita Kanak-kanak

Keluarga

Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti

Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai

Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik, dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka

Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.
 

Model penceritaan cerita sosial kanak-kanak yang bertajuk keluarga ini meceritakan tentang seseorang yang berasa sangat gembira dan puas hati kerana dapat menolong ibu bapanya membuat kerja setiap hari dari pagi sehingga malam. Dalam model penceritaan ini juga menyatakan yang dia selalu berhati-hati dalam setiap perkara dan juga menjaga budi pekerti. Dia juga menyatakan rasa sayangnya terhadap ibu bapa, adik beradik dan saudaranya yang lain kerana mereka selalu ada bersama ketika dia memerlukan mereka. Model penceritaan memperlihatkan nilai baik yang boleh dijadikan contoh teladan. Contohnya, nilai suka membantu ditunjukkan dengan perasaan puas hati dapat menolong ibu bapa melakukan kerja-kerja tidak kira di rumah mahupun di luar.  Bagi saya, saya suka menolong ibu bapa saya di rumah kerana saya suka melihat mereka tersenyum dan meringankan beban mereka. Mereka tidak perlu penat untuk melakukan semua kerja-kerja di rumah. Apabila melihat mereka tersenyum, hal itu membuatkan saya berasa senang hati kerana boleh memberikan pertolongan walaupun tidak seberapa. Ketika saya kecil, merekalah yang membuat semua kerja-kerja di rumah dan juga mencari rezeki untuk menyara saya dan adik-beradik. Kini, tidak salah kalau saya membalas jasa mereka dengan membantu mereka berbuat demikian. Sedikit pun saya tidak berat hati untuk melakukan kerja di rumah ataupun yang disuruh oleh ibu bapa.

 
 

Thursday, February 20, 2020

BBM3410Satu2020: KELUARGA


Assalamualaikum semua pembaca yang saya kasihi sekalian.. sekali lagi saya menulis pada hari ini untuk berkongsi dengan anda semua tentang keluarga saya. Saya sayang sangat keluarga saya. Yalah.. siapa yang tak sayang keluarga kan? Walaupun kadang-kadang bergaduh tetapi tidak akan mengambil masa yang lama untuk berbaik semula. Baiklah saya akan ceritakan serba sedikit tentang setiap ahli keluarga saya. 

Ayah saya bernama Ramlan bin Buang. Beliau berumur 55 tahun dan bekerja sebagai buruh. Ayah saya seorang yang bekerja keras dalam menyara keluarga. Walaupun sudah berumur beliau masih juga bekerja keras untuk mencari rezeki bagi menampung perbelanjaan kami sekeluarga. Kadang-kadang saya sangat kasihan akan ayah saya kerana masih bekerja pada usia sebegitu. Sepatutnya, beliau sudah berehat di rumah dan bergantung kepada anak-anak sahaja, namun apakan daya saya masih lagi menyambung pengajian dan adik-adik pula masih bersekolah.

Ibu saya pula bernama Medinah Binti Alan. Beliau berumur 53 tahun dan merupakan seorang suri rumah. Saya sangat mengagumi ibu saya kerana beliau adalah seorang yang kuat dan tabah. Ibu tidak pernah mengeluh dalam menguruskan kami adik-beradik dan walaupun terdapat masalah sekalipun, beliau tidak akan bercerita dan meluahkan kepada kami kerana beliau tidak mahu kami adik-beradik bimbang dan terus fokus terhadap kerja dan pelajaran.

Saya mempunyai 6 adik-beradik termasuk saya. Kakak sulung bernama Siti Rohayu dan sudah berkahwin. Kakak saya mempunyai 3 orang anak, 2 perempuan dan seorang lelaki. Abang saya pula bernama Muhammad Madira dan Muhammad Shahrul. Saya dan abang-abang suka bergaduh tetapi saya tahu mereka sangat sayangkan saya. Saya merupakan anak keempat dalam keluarga dan saya ada 2 orang adik selepas saya iaitu Nur Farzana dan Muhaammd yazid. Adik permpuan saya sekarang tenagh menyambung belajar dalam Tingkatan 6 dan adik lelaki saya pula Tingkatan 4.

Itu sahaja tentang keluarga saya. Mungkin bagi anda semua tidak ada yang menarik tentang keluiarga saya, tetapi bagi saya, merekalah kekuatan unutk saya terus berusaha untuk melangkah ke depan dan berjaya.