Friday, February 28, 2020

MODEL PENCERITAAN 'KELUARGA': BUKU KAJIAN WACANA

Model Penceritaan Nilai Sosial Cerita Kanak-kanak

Keluarga

Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti

Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai

Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik, dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka

Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.
 

Model penceritaan cerita sosial kanak-kanak yang bertajuk keluarga ini meceritakan tentang seseorang yang berasa sangat gembira dan puas hati kerana dapat menolong ibu bapanya membuat kerja setiap hari dari pagi sehingga malam. Dalam model penceritaan ini juga menyatakan yang dia selalu berhati-hati dalam setiap perkara dan juga menjaga budi pekerti. Dia juga menyatakan rasa sayangnya terhadap ibu bapa, adik beradik dan saudaranya yang lain kerana mereka selalu ada bersama ketika dia memerlukan mereka. Model penceritaan memperlihatkan nilai baik yang boleh dijadikan contoh teladan. Contohnya, nilai suka membantu ditunjukkan dengan perasaan puas hati dapat menolong ibu bapa melakukan kerja-kerja tidak kira di rumah mahupun di luar.  Bagi saya, saya suka menolong ibu bapa saya di rumah kerana saya suka melihat mereka tersenyum dan meringankan beban mereka. Mereka tidak perlu penat untuk melakukan semua kerja-kerja di rumah. Apabila melihat mereka tersenyum, hal itu membuatkan saya berasa senang hati kerana boleh memberikan pertolongan walaupun tidak seberapa. Ketika saya kecil, merekalah yang membuat semua kerja-kerja di rumah dan juga mencari rezeki untuk menyara saya dan adik-beradik. Kini, tidak salah kalau saya membalas jasa mereka dengan membantu mereka berbuat demikian. Sedikit pun saya tidak berat hati untuk melakukan kerja di rumah ataupun yang disuruh oleh ibu bapa.

 
 

No comments:

Post a Comment