Thursday, April 30, 2020

BBM3410Satu2020: BAB 1




BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 2

Hai assalamualaikum dan selamat pagi semua!

Harini saya nak kongsikan sedikit tentang nilai yang ada dalam cerita sosial 2.

Antara nilai yang terdapat dalam cerita sosial ini ialah:

1. Baik hati
2. Tolong-menolong
3. Berterima kasih

Terdapat nilai baik hati dalam cerita sosial 2 yang mana nilai ini ditunjukkan menerusi watak Alim. Misalnya, Alim memberikan plastik yang mengandungi buah-buahan kepada Sulaiman. Hal ini jelas menunjukkan yang Alim seorang yang baik hati dengan memberikan buah tersebut.

Selain itu, nilai tolong menolong juga terdapat dalam cerita sosial 2. Hal ini dapat demikian dapat dilihat menerusi watak Alim. Contohnya, setelah selesai makan, Alim menolong abang Imran, kak Madinah, dan ibu dan bapa mengemas rumah. Sekiranya Alim tidak menolong mengemas rumah sudah tentu nilai tolong-menolong tidak dapat diselitkan dalam cerita tersebut.

Seterusnya, nilai berterima kasih juga ditunjukkan dalam cerita sosial ini. Nilai ini dapat dilihat menerusi watak Sulaiman dan Mak Cik Timah. Misalnya, Alim mengucapkan terima kasih kepada Alim setelah Alim memberikan seplastik buah-buahan. Nilai ini juga ditunjukkan oleh Mak Cik Kiah yang turut berterima kasih kepada Alim kerana memberikan buah-buahan kepada anaknya iaitu Sulaiman. Jelaslah bahawa nilai berterima kasih tergarap dalam cerita sosial 2 sebagai tanda penghargaan atas sesuatu pemberian.

Rujukan:

Normaliza Abd Rahim. 2019. Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

BBM3410Satu2020: RULE OF THIRDS (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)

 
Hai assalamualaikum semua.. Harini Prof Dr. N ada bagi tugasan yang mana saya dan kawan-kawan saya perlu jelaskan dengan ringkas penggunaan rule of thirds untuk swafoto dan kongsikan ke dalam facebook. Jadi, anda semua bolehlah baca sedikit penjelasan ringkas saya berkaitan rule of thirds untuk swafoto dalam gambar di atas. Selamat membaca!


Rujukan:

Normaliza Abd Rahim. 2019. Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Universiti Putra Malaysia Serdang.