Wednesday, April 29, 2020

BBM3410Satu202: TWITTER (PENGENALAN)


TWITTER DAN TREND TERKINI

Pengenalan

Menulis cerita secara individu telah memberi kesan besar ke arah pelajar semasa proses penulisan. Cabaran seseorang individu ialah kurang keyakinan semasa menulis dan juga bersikap negatif apabila orang lain membaca penulisannya telah membuat mereka keberatan untuk menulis.
(Normaliza Abd Raim, 2014)
Pelajar lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti agar mereka fokus pada proses pembelajaran bahasa. Adalah penting untuk mempunyai penglibatan terus dalam aktiviti bagi mengelak salah faham dalam pengajaran dan mengelakkan kebosanan semasa pembelajaran.
(Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim, 2017)

Menurut Normaliza Abd Rahim (2014), menulis cerita secara individu memberi kesan kepada seseorang pelajar terutamanya semasa proses penulisan. Menulis sesebuah cerita bukanlah sesuatu yang mudah disebabkan terdapat beberapa cabaran yang perlu dihadapi seseorang individu untuk menulis. Salah satu cabaran tersebut ialah kurang keyakinan semasa menulis yang mana individu tersebut berasa tidak yakin terhadap kemampuannya untuk menghasilkan sebuah penulisan untuk dibaca oleh orang lain. Selain itu, seseorang individu juga akan bersikap negatif apabila orang lain membaca penulisannya yang mana mereka berasa orang lain tidak akan dapat menerima penulisan mereka dengan baik menyebabkan mereka sukar untuk menulis. Seterusnya, menurut Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim (2017) pula menyatakan bahawa pelajar lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti kerana hal tersebut membuatkan mereka lebih fokus dalam proses pembelajaran bahasa. Penglibatan terus dalam aktiviti mempunyai beberapa kepentingan antaranya adalah untuk mengelak berlakunya salah faham dalam pengajaran dan juga mengelakkan pelajar untuk mudah merasa bosan semasa pembelajaran.

Rujukan:
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. 2019. Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

No comments:

Post a Comment