Wednesday, April 29, 2020

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2


Cerita Sosial 2

Cerita ini mengisahkan tentang kebaikan yang dilakukan oleh Alim. Pada suatu hari minggu, ayah Alim membawa pulang banyak buah-buhan dari pasar tani. Ayah Alim membawa pelbagai jenis buah-buahan tempatan seperti buah rambutan, buah durian, buah manggis, buah langsat, buah duku, dan sebagainya. Setibanya ayah di rumah, abang Imran memanggil ibu, Madinah, Alim dan Aisyah untuk makan buah bersama-sama. Ibu menyediakan bakul sampah untuk membuang sampah selepas makan buah-buahan tersebut. Alim menyatakan hasratnya untuk memberikan sedikit buah kepada Sulaiman dan ibu memuji Alim kerana ingat akan pesan ibu dan bapa untuk selalu berkongsi barang atau makanan kepada orang lain. Selepas Alim memberikan buah tersebut kepada Sulaiman, Sulaiman mengucapkan terima kasih kepada Alim. Ketika Alim membuang sampah di luar rumah, Alim terserempak dengan Mak Cik Timah dan Mak Cik Timah turut mengucapkan terima kasih kepada Alim. Mak Cik Timah turut mendoakan kesejahteraan terhadap Alim sekeluarga.



Rujukan:

Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu; Universiti Terengganu Malaysia.

No comments:

Post a Comment