Wednesday, April 29, 2020

BBM3410Satu2020: KEPENTINGAN RULE OF THIRDS



Kepentingan Rule of Thirds

Rule of thirds adalah teknik fotografi yang penting. Tujuan penggunaan rule of thirds dalam teknik fotografi adalah unutk meningkatkan teknik komposisi dan keseimbangan imej dalam fotografi. Teknik fotografi ini sangat membantu seseorang untuk menghasilkan gmbar yang cantik dan menarik. Hal ini demikian kerana dengan menggunakan teknik tersebut, seseorang dapat mengenal pasti empat bahagian penting ketika membingkai imej melalui grid. Cara untuk menggunakan rule of thirds ini adalah dengan membayangkan imej dibahagian iaitu melalui kotak grid semasa membingkai foto. Unsur-unsur gambar yang penting diletakkan pada garisan atau persimpangan grid tersebut untuk mendapatkan komposisi yang terbaik. Bagi mendapatkan komposisi terbaik juga, seseorang mungkin perlu bergerak. Namun begitu, rule of thirds ini bukanlah digunakan dalam semua keadaan untuk fotografi, boleh jadi rule of thirds tidak digunakan dalam teknik fotografi untuk menghasilkan gambar yang lebih menarik. Jadi secara kesimpulannya, rule of thirds ini adalah penting untuk dijadikan panduan bagi mendapatkan gambar yang cantik, menarik, seimbang dan mempunyai komposisi yang baik.


Rujukan:
Normaliza Abd Rahim. 2019. Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Universiti Putra Malaysia Serdang.

No comments:

Post a Comment