Monday, February 17, 2020

BBM3410Satu2020: ASAS GRAFIK

Assalamualaikum dan hai semua.. penulisan saya kali ni adalah tentang sambungan aktiviti yang kami sekumpulan  buat selepas blanket test tadi. Jadi, saya akan kongsikan kepada anda semua proses sepanjang kami menyempurnakan tugasan kursus Multimedia.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjhmtbBGv5I7h41XHvrS6qnDa3H2gqE6kL4oaRlNjtaVfJ-i1jUxZ2BDqG7XNTaP_dGRHDZ3dJXxm8mjwbv23_pEi0KajYFrOO-5GI8q9J2X0R_L5DfYqohDaOBXXaozzgXA2s8xEJp5z4/s1600/IMG-20200217-WA0013.jpg


Cantikkan hasil kerja kami sekumpulan? Bukan senang tau nak siapkan projek ni. Kami mengambil masa lebih kurang 3 jam untuk siapkan benda ni. 


Jadi, sepanjang proses untuk menyiapkan projek ni, kami gunakan alat seperti berikut:

1)      Majalah
2)      Gunting
3)      Pembaris
4)      Mounting Board
5)      Gam
6)      Pisau Lipat
7)      Reben
8)      Penebuk Lubang

Kami mulakan membuat projek ni setelah memilih gambar majalah yang sesuai berdasarkan 5 asas grafik yang telah kami belajar iaitu mudah, warna, teks, kesesuaian dan keseimbangan. Setiap gambar yang dipilih kami akan merujuk pensyarah dahulu sama ada menepati 5 elemen asas grafik tersebut atau tidak.

Mudah


Warna
Teks
Kesesuaian
Keseimbangan
Setelah memilih gmbar di atas dan dipersetujui oleh pensyarah, kami kemudian melekatkan gambar tersebut ke atas mounting board yang telah dipotong bersaiz A4. Tetapi, sebelum melekatkan gambar tersebut, kami menebuk mounting board tersebut di bahagian tepi dengan penebuk lubang. Apa yang menarik projek kami kali ni ialah tidak ada satu teks pun kami tulis menggunakan pen atau pensel. Semua teks kami ambil dari majalah dan digunting seterusnya ditampal di atas mounting board termasuk nama ahli, no. matrik dan nama kumpulan kami. 


Sepanjang menyiapkan tugasan ini, ahli kumpulan saya memberikan kerjasama yang sangat baik menyebabkan saya semakin bersemangat untuk melakukan aktiviti-aktiviti lain bersama mereka.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjz2GZzBFygtPrjawB0UTfO3A7gwAS_2p6vATuJ8fDTLDd8vUeUqMQesr6oaSl9LR3c45hznMviYiKihcdSgP4oygu7-qSrkoL1HiblH1wcybKrDFolrtB9TwPqloUmrwT81uNdTagWUOg/s1600/IMG-20200217-WA0014.jpg
 











Saya harapkan pensyarah nampak usaha kami dalam menyiapkan projek tersebut. Sekian itu saja perkongsian saya pada kali ni. Nantikan perkongsian saya seterusnya. Terima kasih semua..

No comments:

Post a Comment