Friday, February 14, 2020

BBM3410Satu2020: Cerita Sosial 1

Hai assalamualaikum semua.. kali ni saya nak berkongsi dengan korang semua tentang satu cerita kanak-kanak yang telah saya baca betajuk Nenek dan Datuk yang terdapat dalam buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Buku ini ditulis oleh Normaliza Abd Rahim.

Cerita kanak-kanak ini mengisahkan seorang budak lelaki yang bernama Alim. Pada suatu ketika, Alim dan keluarganya pulang ke kampung datuk dan neneknya di Kajang yang mana perjalanan ke kampung tersebut mengambil masa dalam 30 minit. Namun, sesampainya di kampung, Alim berasa sedih kerana tidak ternampak ayam dan juga itik di reban dan disangkanya ayam dan itik di kampung telah mati. Setelah itu, nenek menyuruh Alim melihat ke arah reban baru yang dibuat oleh datuknya. Rupa-rupanya, semua ayam dan itik telah dipindahkan ke reban yang baru. Hal itu menyebabkan Alim tersenyum lebar dan berhenti menangis.Setelah puas melihat ayam dan itik, Alim masuk ke rumah datuk dan nenek. Dia melihat sekeliling rumah tersebut tidak seperti biasa dan menangis lagi disangkanya rumah dan datuk telah tiada. namun tangisan Alim hanya sekejap saja setelah dipujuk oleh nenek. Perilaku Alim menyebabkan ibubapa dan datuk neneknya berasa sedih kerana Alim suka menangis tanpa sebab. Ketika menonton televisyen, Alim kelihatan ketawa bersama abang dan kakaknya. Suasana di kampung yang berbeza daripada berbeza membuatkan keluarga Alim semakin rapat. Alim juga seronok kerana  tahu di mana ayam dan itik dan juga reban baharu ayam tersebut.

Jadi, setakat ni sajalah perkongsian saya kali ini. Harap boleh memberi manfaat kepada korang..

Rujukan

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana Stategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

No comments:

Post a Comment