Assalamualaikum dan hai semuaa. Sekali lagi saya
menulis harini nak berkongsi tentang sinopsis Cerita sosial 2.
Cerita ini mengisahkan tentang kebaikan yang
dilakukan oleh Alim. Pada suatu hari minggu, ayah Alim membawa pulang banyak
buah-buhan dari pasar tani. Ayah Alim membawa pelbagai jenis buah-buahan
tempatan seperti buah rambutan, buah durian, buah manggis, buah langsat, buah
duku, dan sebagainya. Setibanya ayah di rumah, abang Imran memanggil ibu,
Madinah, Alim dan Aisyah untuk makan buah bersama-sama. Ibu menyediakan bakul
sampah untuk membuang sampah selepas makan buah-buahan tersebut. Alim
menyatakan hasratnya untuk memberikan sedikit buah kepada Sulaiman dan ibu
memuji Alim kerana ingat akan pesan ibu dan bapa untuk selalu berkongsi barang
atau makanan kepada orang lain. Selepas Alim memberikan buah tersebut kepada
Sulaiman, Sulaiman mengucapkan terima kasih kepada Alim. Ketika Alim membuang
sampah di luar rumah, Alim terserempak dengan Mak Cik Timah dan Mak Cik Timah
turut mengucapkan terima kasih kepada Alim. Mak Cik Timah turut mendoakan
kesejahteraan terhadap Alim sekeluarga.
Rujukan:
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan
Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Terengganu
Malaysia.
No comments:
Post a Comment