1. Pelajar suka mengemas kini rutin mereka dan menyatakan emosi
dalam Twitter manakala Fecebook adalah satu cara
untuk berkomunikasi bagi tujuan pembelajaran tidak formal.
2. Twitter melatih kecekapan komunikatif dan kebudayaan
manakala kajian tentang Facebook mendapati responden menggunakannya untuk
membincangkan tugas akademik.
3. Twitter membantu mengurangkan percakapan tetapi lebih banyak
maklumat diperolah manakala Facebook meningkatkan keyakinan, motivasi, dan
sikap pelajar.
4. Pelajar akan melibatkan diri dalam proses pembelajaran
apabila mereka diberi peluang menggunakan Twitter manakala pelajar meluangkan lebih
banyak masa dalam talian dalam persekitaran pembelajaran informal, berinteraksi
dengan guru dan dan rakan sebaya melalui Facebook.
5. Twitter dapat menilai hasil kerjasama pelajar, penglibatan dan jalan menuju kejayaan manakala Facebook membolehkan guru mencapai perubahan strategi, mentaliti, sikap dan kelakuan serta menganalisis dan membandingkan cara pengajian dan pengetahuan yang diperoleh oleh pelajar.
Rujukan:
Noraein Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Ehh!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.