Thursday, June 4, 2020

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 4

Antara nilai yang terdapat dalam cerita sosial 4 ialah:
1. Berterima kasih
2. Baik hati
3. Berdikari

Terdapat nilai berterima kasih dalam cerita sosial 4. Nilai ini dapat dilihat menerusi watak Alim dan juga rakan-rakan Alim. Contohnya, Alim mengucapkan terima kasih kepada ibunya yang mengucapkan selamat hari lahir kepadanya. Begitu juga dengan rakan-rakan Alim yang mengucapkan terima kasih kepada Alim kerana berkongsi kek cawan kepada mereka.

Selain itu, terdapat juga nilai baik hati dalam cerita sosial ini. Hal ini dapat dilihat melalui watak Alim. Alim menunjukkan nilai baik hati apabila dia berkongsi kek cawan dengan rakan-rakannya sempena hari lahirnya.

Seterusnya, nilai berdikari juga terdapat dalam cerita sosial ini. Hal ini dapat dilihat menerusi watak Alim. Contohnya, Alim telah pandai mengurus dirinya sendiri iaitu dengan memakai baju sekolah, memakai kasut sekolah dan mengemas katil sendiri.


Rujukan:

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.   Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

No comments:

Post a Comment