Thursday, June 11, 2020

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 5


Antara nilai dalam cerita sosial 5 iaitu:

1. Pemurah
2. Berterima kasih
3. Kasih sayang 

Terdapat nilai pemurah dalam cerita sosial 5. Nilai ini dapat dilihat menerusi watak Alim Sulaiman. Contohnya, Alim suka berkongsi apa yang dia ada dengan Sulaiman misalnya seperti buku cerita. Begitu juga dengan Sulaiamn yang mana dia kadang-kadang berkongsi coklat yang dibelinya dengan Alim.

Selain itu, terdapat juga nilai berterima kasih dalam cerita sosial ini. Hal ini dapat dilihat melalui watak Sulaiman. Sulaiman menunjukkan nilai tersebut dengan mengucapkan terima kasih kepada Alim kerana memberinya buku cerita.

Seterusnya, nilai kasih sayang juga terdapat dalam cerita sosial ini. Hal ini dapat dilihat menerusi watak abang, kakak dan adik Alim. Misalnya, mereka berasa sedih melihat keadaan Alim yang jatuh sakit sehinggakan tidak bercakap dan membaca buku lagi. Hal ini demikian jelas menunjukkan mereka sayang akan Alim.


Rujukan:

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.   Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

No comments:

Post a Comment