Friday, February 28, 2020

MODEL PENCERITAAN 'KELUARGA': BUKU KAJIAN WACANA

Model Penceritaan Nilai Sosial Cerita Kanak-kanak

Keluarga

Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti

Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai

Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik, dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka

Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.
 

Model penceritaan cerita sosial kanak-kanak yang bertajuk keluarga ini meceritakan tentang seseorang yang berasa sangat gembira dan puas hati kerana dapat menolong ibu bapanya membuat kerja setiap hari dari pagi sehingga malam. Dalam model penceritaan ini juga menyatakan yang dia selalu berhati-hati dalam setiap perkara dan juga menjaga budi pekerti. Dia juga menyatakan rasa sayangnya terhadap ibu bapa, adik beradik dan saudaranya yang lain kerana mereka selalu ada bersama ketika dia memerlukan mereka. Model penceritaan memperlihatkan nilai baik yang boleh dijadikan contoh teladan. Contohnya, nilai suka membantu ditunjukkan dengan perasaan puas hati dapat menolong ibu bapa melakukan kerja-kerja tidak kira di rumah mahupun di luar.  Bagi saya, saya suka menolong ibu bapa saya di rumah kerana saya suka melihat mereka tersenyum dan meringankan beban mereka. Mereka tidak perlu penat untuk melakukan semua kerja-kerja di rumah. Apabila melihat mereka tersenyum, hal itu membuatkan saya berasa senang hati kerana boleh memberikan pertolongan walaupun tidak seberapa. Ketika saya kecil, merekalah yang membuat semua kerja-kerja di rumah dan juga mencari rezeki untuk menyara saya dan adik-beradik. Kini, tidak salah kalau saya membalas jasa mereka dengan membantu mereka berbuat demikian. Sedikit pun saya tidak berat hati untuk melakukan kerja di rumah ataupun yang disuruh oleh ibu bapa.

 
 

Monday, February 24, 2020

BBM3410Satu2020: BLANKET TEST 2.0

Assalamualaikum. Harini sekali lagi kami sekelas menjawab blanket test.Sewaktu di kelas tadi, prof ada menunjukkan beberapa keping gambar dan kami dikehendaki untuk menyatakan asas fotografi yang terdapat pada gambar tersebut. Jadi, kumpulan saya berjaya menjawab 3 soalan asas fotografi. Soalan yang pertama berjaya dijawab oleh ketua kumpulan kami iaitu Syafika Rapol yang mana dia dia menjawab gmbar dipaparkan adalah berasaskan Mug Shot. Seterusnya, soalan kedua pula dijawab oleh ahli kumpulan kami iaitu gambar yang berasaskan Close-up dan seterusnya gmbar berasaskan Siluet juga berjaya dijawab oleh salah seorang ahli kumpulan kami.

Sekian itu sahaja perkongsian saya pada hari ini. Terima kasih kerana sudi membaca.

BBM3410Satu2020: ASAS FOTOGRAFI

Hai dan assalamualaikum semua.. Harini saya belajar tentang asas fotografi dalam kelas multimedia. Jadi, saya nak kongsikan gambar-gambar hasil tangkapan kami sekumpulan.

MUG SHOT 1: HUSNINA

MUG SHOT 2: HUSNINA



MUG SHOT 1: EMMYWATIE

MUG SHOT 2: EMMYWATIE
MUG SHOT 1: ARDILLA

MUG SHOT 2: ARDILLA
MUG SHOT 1: RASYIDAH

MUG SHOT 2: RASYIDAH
MUG SHOT 1: AQILAH HANIS

MUG SHOT 2: AQILAH HANIS
MUG SHOT 1: SYAFIKA

MUG SHOT 2: SYAFIKA
MUG SHOT 1: ZULFADLI

MUG SHOT 2: ZULFADLI
MUG SHOT 1: HAZIQ

MUG SHOT 2: HAZIQ
MUG SHOT 1: ABIDIN

MUG SHOT 2: ABIDIN
PORTRAIT: SELURUH ANGGOTA BADAN

PORTRAIT: WAJAH
CLOSE-UP: ANGGOTA BADAN

CLOSE-UP: BUNGA
MEDIUM SHOT: KAFETERIA SERUMPUN

MEDIUM SHOT: PERPUSTAKAAN
LONG SHOT: PEMANDANGAN DI PERPUSTAKANN ADA MANUSIA

LONG SHOT: PEMANDANGAN DARI KOLEJ P3 SERUMPUN

Thursday, February 20, 2020

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 - BUKU WACANA PROF DR NORMALIZA ABD RAHIM


Assalamualaikum dan hai semuaa. Sekali lagi saya menulis harini nak berkongsi tentang sinopsis Cerita sosial 2.

Cerita ini mengisahkan tentang kebaikan yang dilakukan oleh Alim. Pada suatu hari minggu, ayah Alim membawa pulang banyak buah-buhan dari pasar tani. Ayah Alim membawa pelbagai jenis buah-buahan tempatan seperti buah rambutan, buah durian, buah manggis, buah langsat, buah duku, dan sebagainya. Setibanya ayah di rumah, abang Imran memanggil ibu, Madinah, Alim dan Aisyah untuk makan buah bersama-sama. Ibu menyediakan bakul sampah untuk membuang sampah selepas makan buah-buahan tersebut. Alim menyatakan hasratnya untuk memberikan sedikit buah kepada Sulaiman dan ibu memuji Alim kerana ingat akan pesan ibu dan bapa untuk selalu berkongsi barang atau makanan kepada orang lain. Selepas Alim memberikan buah tersebut kepada Sulaiman, Sulaiman mengucapkan terima kasih kepada Alim. Ketika Alim membuang sampah di luar rumah, Alim terserempak dengan Mak Cik Timah dan Mak Cik Timah turut mengucapkan terima kasih kepada Alim. Mak Cik Timah turut mendoakan kesejahteraan terhadap Alim sekeluarga.

Rujukan:

Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Terengganu Malaysia.


BBM3410Satu2020: KELUARGA


Assalamualaikum semua pembaca yang saya kasihi sekalian.. sekali lagi saya menulis pada hari ini untuk berkongsi dengan anda semua tentang keluarga saya. Saya sayang sangat keluarga saya. Yalah.. siapa yang tak sayang keluarga kan? Walaupun kadang-kadang bergaduh tetapi tidak akan mengambil masa yang lama untuk berbaik semula. Baiklah saya akan ceritakan serba sedikit tentang setiap ahli keluarga saya. 

Ayah saya bernama Ramlan bin Buang. Beliau berumur 55 tahun dan bekerja sebagai buruh. Ayah saya seorang yang bekerja keras dalam menyara keluarga. Walaupun sudah berumur beliau masih juga bekerja keras untuk mencari rezeki bagi menampung perbelanjaan kami sekeluarga. Kadang-kadang saya sangat kasihan akan ayah saya kerana masih bekerja pada usia sebegitu. Sepatutnya, beliau sudah berehat di rumah dan bergantung kepada anak-anak sahaja, namun apakan daya saya masih lagi menyambung pengajian dan adik-adik pula masih bersekolah.

Ibu saya pula bernama Medinah Binti Alan. Beliau berumur 53 tahun dan merupakan seorang suri rumah. Saya sangat mengagumi ibu saya kerana beliau adalah seorang yang kuat dan tabah. Ibu tidak pernah mengeluh dalam menguruskan kami adik-beradik dan walaupun terdapat masalah sekalipun, beliau tidak akan bercerita dan meluahkan kepada kami kerana beliau tidak mahu kami adik-beradik bimbang dan terus fokus terhadap kerja dan pelajaran.

Saya mempunyai 6 adik-beradik termasuk saya. Kakak sulung bernama Siti Rohayu dan sudah berkahwin. Kakak saya mempunyai 3 orang anak, 2 perempuan dan seorang lelaki. Abang saya pula bernama Muhammad Madira dan Muhammad Shahrul. Saya dan abang-abang suka bergaduh tetapi saya tahu mereka sangat sayangkan saya. Saya merupakan anak keempat dalam keluarga dan saya ada 2 orang adik selepas saya iaitu Nur Farzana dan Muhaammd yazid. Adik permpuan saya sekarang tenagh menyambung belajar dalam Tingkatan 6 dan adik lelaki saya pula Tingkatan 4.

Itu sahaja tentang keluarga saya. Mungkin bagi anda semua tidak ada yang menarik tentang keluiarga saya, tetapi bagi saya, merekalah kekuatan unutk saya terus berusaha untuk melangkah ke depan dan berjaya.





BBM3410Satu2020: TIPS BELAJAR DENGAN MUDAH

NUR HUSNINA BINTI RAMLAN 

Assalamualaikum dan hai.. harini saya nak kongsikan dengan anda semua tips belajar dengan mudah. Bagaimana nak belajar dengan mudah? Sudah semestinya dengan menggunakan media sosial sebagai medium untuk memudahkan proses pembelajaran. Seperti yang kita tahu, pelajar di era milenium sudah terbiasa dengan pelbagai jenis media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan Blog untuk berinteraksi khususnya bagi tujuan pendidikan. Jadi, saya sertakan beberapa kelebihan media sosial dalm kelas bahasa dalam gambar di atas.

Monday, February 17, 2020

BBM3410Satu2020: ASAS GRAFIK

Assalamualaikum dan hai semua.. penulisan saya kali ni adalah tentang sambungan aktiviti yang kami sekumpulan  buat selepas blanket test tadi. Jadi, saya akan kongsikan kepada anda semua proses sepanjang kami menyempurnakan tugasan kursus Multimedia.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjhmtbBGv5I7h41XHvrS6qnDa3H2gqE6kL4oaRlNjtaVfJ-i1jUxZ2BDqG7XNTaP_dGRHDZ3dJXxm8mjwbv23_pEi0KajYFrOO-5GI8q9J2X0R_L5DfYqohDaOBXXaozzgXA2s8xEJp5z4/s1600/IMG-20200217-WA0013.jpg


Cantikkan hasil kerja kami sekumpulan? Bukan senang tau nak siapkan projek ni. Kami mengambil masa lebih kurang 3 jam untuk siapkan benda ni. 


Jadi, sepanjang proses untuk menyiapkan projek ni, kami gunakan alat seperti berikut:

1)      Majalah
2)      Gunting
3)      Pembaris
4)      Mounting Board
5)      Gam
6)      Pisau Lipat
7)      Reben
8)      Penebuk Lubang

Kami mulakan membuat projek ni setelah memilih gambar majalah yang sesuai berdasarkan 5 asas grafik yang telah kami belajar iaitu mudah, warna, teks, kesesuaian dan keseimbangan. Setiap gambar yang dipilih kami akan merujuk pensyarah dahulu sama ada menepati 5 elemen asas grafik tersebut atau tidak.

Mudah


Warna
Teks
Kesesuaian
Keseimbangan
Setelah memilih gmbar di atas dan dipersetujui oleh pensyarah, kami kemudian melekatkan gambar tersebut ke atas mounting board yang telah dipotong bersaiz A4. Tetapi, sebelum melekatkan gambar tersebut, kami menebuk mounting board tersebut di bahagian tepi dengan penebuk lubang. Apa yang menarik projek kami kali ni ialah tidak ada satu teks pun kami tulis menggunakan pen atau pensel. Semua teks kami ambil dari majalah dan digunting seterusnya ditampal di atas mounting board termasuk nama ahli, no. matrik dan nama kumpulan kami. 


Sepanjang menyiapkan tugasan ini, ahli kumpulan saya memberikan kerjasama yang sangat baik menyebabkan saya semakin bersemangat untuk melakukan aktiviti-aktiviti lain bersama mereka.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjz2GZzBFygtPrjawB0UTfO3A7gwAS_2p6vATuJ8fDTLDd8vUeUqMQesr6oaSl9LR3c45hznMviYiKihcdSgP4oygu7-qSrkoL1HiblH1wcybKrDFolrtB9TwPqloUmrwT81uNdTagWUOg/s1600/IMG-20200217-WA0014.jpg
 











Saya harapkan pensyarah nampak usaha kami dalam menyiapkan projek tersebut. Sekian itu saja perkongsian saya pada kali ni. Nantikan perkongsian saya seterusnya. Terima kasih semua..